RUDY  menunjukkan obor-obor atau balung yang ada di sekitar perairan Tanjung Aru.
RUDY menunjukkan obor-obor atau balung yang ada di sekitar perairan Tanjung Aru.
Oleh Ardyhansah Amat

Kota Kinabalu: “Ambil pasir dan gosok di tempat yang terkena sengatan sambil berendam dalam air laut,” kata nelayan, Rudy Kamaruddin, 32, ketika berkongsi petua meredakan sengatan obor-obor, di sini, semalam.

Rudy berkata, peningkatan jumlah obor-obor di sekitar perairan pantai Tanjung Aru menyebabkan pengunjung terdedah dengan serangan haiwan berkenaan yang dianggap berbahaya terutama kanak-kanak.

“Saya sering memasang pukat untuk menangkap ikan di sini, dan setiap kali menarik pukat, saya terpaksa membuang puluhan obor-obor yang turut terperangkap, malah pernah terkena sengatan haiwan berkenaan.

“Apa yang saya lakukan ialah mengambil pasir dan segera menggosok di bahagian kulit yang terkena sambil berendam dalam air laut. Sebaik bisa sengatan itu pulih, saya meneruskan kerja memukat atau naik semula ke tepi pantai,” katanya ketika ditemui, semalam.

Bagaimanapun katanya, ia bergantung kepada keadaan, jika bisa obor-obor terlalu kuat, lebih baik mendapatkan rawatan perubatan di hospital.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 January 2016 @ 7:22 AM