LANA Nodin. FOTO Saifullizan Tamadi.
LANA Nodin. FOTO Saifullizan Tamadi.
Michelle Gun


Pelakon seksi Lana Nodin, 37, mahu kembali aktif berlakon selepas dua tahun berehat apabila berkahwin dan melahirkan anak.

Lana berkata, dia juga tidak kisah membintangi watak antagonis.

“Apabila menonton drama , saya menjadi rindu untuk berlakon semula lebih-lebih lagi ketika ada watak jahat.

“Suami turut memberi sokongan, malah tidak kisah kalau melakonkan watak sedemikian,” katanya.

Menurut Lana, dia juga sedia berjauhan dengan suaminya, David McKienzie yang kini tinggal di Amerika Syarikat.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Mac 2017 @ 7:27 AM