Petaluma (Amerika Syarikat): Seorang remaja menghadapi tuduhan mencuri lebih 500 pasang seluar dalam wanita, dua senjata api dan barang kemas dalam kegiatan memecah masuk rumah penduduk di Bay Area, California.

Polis daerah Petaluma mengumumkan, mereka menahan Benjamin Hawkins, 18, minggu lalu berikutan siasatan mengenai kehilangan senjata api dan seluar dalam wanita di kawasan berkenaan.

Dalam sidang akhbar, jurucakap polis Petaluma, Sarjan Rick Cox berkata, satu daripada senjata api yang dicuri Hawkins diubah suai menjadi senapang patah.

Akhbar termpatan Argus Courier melaporkan, polis menahan Hawkins ketika dia bermain papan luncur dan menemui lima seluar dalam wanita yang baru dicuri, di dalam seluarnya.

Hawkins mula diburu selepas polis menerima semakin banyak aduan mengenai kehilangan pakaian wanita di kawasan berkenaan.

Ketika disoal, Hawkins berkata, polis boleh memeriksa seluruh rumah ibunya, kecuali biliknya.

Selepas memperoleh waran, polis menyelongkar biliknya dan menemui seluar dalam berkenaan, senjata dan juga beberapa barang kemas.

Hawkins yang kini di tahan di penjara Sonoma County akan dihadapkan ke mahkamah pada 3 November ini. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Oktober 2014 @ 5:13 AM