ORANG ramai tidak melepaskan peluang membeli-belah barang elektrik.
ORANG ramai tidak melepaskan peluang membeli-belah barang elektrik.
KIM Heng (tujuh dari kanan) pada  majlis pelancaran cawangan kedua Grand Senheng, semalam.
KIM Heng (tujuh dari kanan) pada majlis pelancaran cawangan kedua Grand Senheng, semalam.
Wan Nur Ameera Meor Rozman

Selayang: Senheng Electric (KL) Sdn Bhd (Senheng), rangkaian kedai elektronik pengguna terkemuka negara merancang untuk membuka lebih daripada 10 cawangan Grand Senheng meliputi kawasan di seluruh nrgara termasuk Sabah dan Sarawak dalam tempoh tiga tahun dari sekarang.

Pengarah Urusannya, Lim Kim Heng berkata, pihaknya yakin percaturan untuk mengembangkan sayap perniagaan semasa negara berdepan ketidakstabilan ekonomi adalah langkah yang tepat disokong oleh strategi kumpulannya.

“Kira-kira tiga bulan dari sekarang, kami akan membuka cawangan ketiga Grand Senheng yang akan bertempat di sekitar Seremban. Dalam masa sama, kami juga komited dan berada dalam proses perundingan untuk menyediakan pengalaman membeli-belah kepada penduduk di Perak.

“Dengan pembukaan kedua Grand Senheng berkeluasan melebihi 10,000 kaki persegi selepas pelancaran sulungnya di Setia Alam bulan lalu, kami menjangkakan ia dapat menyumbangkan hasil jualan mencecah RM1 juta dalam masa sebulan,” katanya selepas majlis pelancaran cawangan kedua Grand Senheng, di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya mengunjurkan Grand Senheng Selayang mampu untuk menyumbang jualan minimum sebanyak RM12 juta bagi tempoh setahun.

“Senheng berhasrat untuk terus bergerak ke hadapan dengan menambah jumlah portfolio pernigaan termasuk SenQ dan trak Senheng secara serentak, bukan hanya fokus terhadap sesuatu segmen saja,” katanya.

Beliau berkata, bersempena dengan pembukaan rasmi yang berlangsung selama empat hari bermula 15 sehingga 18 Julai ini, pengunjung khususnya pemegang kad keahlian PlusOne berpeluang menikmati pelbagai promosi hebat merangkumi klinik perkhidmatan percuma untuk membaiki telefon pintar (tidak termasuk alat ganti), merebut peluang untuk memiliki antara 1,000 unit barangan elektrik berkualiti tinggi pada harga hanya RM10, diskaun sehingga 70 peratus selain menikmati rebat sehingga 30 peratus.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Julai 2016 @ 5:07 AM