PEMBUKAAN cawangan Grand Senheng terbaharu, Golden Triangle Grand Senheng di Pulau Pinang.
PEMBUKAAN cawangan Grand Senheng terbaharu, Golden Triangle Grand Senheng di Pulau Pinang.
Oleh Sofyan Rizal Ishak


SENHENG Electric (KL) Sdn Bhd melalui jenama Senheng terus mengukuhkan namanya sebagai antara rangkaian kedai barangan elektrik terbesar di Malaysia melalui pembukaan Grand Senheng di Pulau Pinang.

Menurut syarikat itu, Golden Triangle Grand Senheng adalah cawangan Senheng yang pertama di negeri itu dan ke-19 di seluruh negara.

“Pembukaan cawangan ini menandakan komitmen Senheng dalam menyediakan pengalaman membeli-belah berbeza kepada pengguna dan memastikan aktiviti membeli-belah di kedai atau secara dalam talian serta mudah alih sentiasa selaras dengan pilihan pembelian pengguna,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Cawangan Grand Senheng itu menawarkan kepelbagaian barangan elektrik dan elektronik daripada jenama berlainan termasuk Samsung, Huawei, Panasonic, LG, Sharp, Sony, Electrolux, Hitachi, Philips, Toshiba, Aeon dan AIG.

Konsep Grand Senheng Megastore menandakan usaha Senheng dalam meningkatkan pengalaman beli-belah secara menyeluruh dengan menyediakan lebih banyak pilihan dan produk berjenama berkualiti tinggi.

Senheng berkata, ahli Senheng PlusOne dapat menikmati pelbagai manfaat seperti jaminan tambahan, harga istimewa untuk ahli, penghantaran percuma, ganjaran dan mata penebusan, hari ahli serta baucar tunai.

“Kami juga menawarkan perkhidmatan canggih melalui aplikasi mudah alih Senheng yang membolehkan pelanggan menguruskan dompet digital (e-dompet), resit dan e-baucar,” katanya.

Sempena pembukaan rasmi, Golden Triangle Grand Senheng menyediakan pelbagai promosi hebat seperti rebat EZ Kredit hingga 40 peratus dan pelbagai perkakasan elektronik kecil ditawarkan pada harga RM10 seunit (stok adalah terhad).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Disember 2019 @ 9:43 AM