BIASANYA hulu parang diukir dengan tangan sepenuhnya.
BIASANYA hulu parang diukir dengan tangan sepenuhnya.
KEISTIMEWAAN produk ini boleh dijadikan aksesori hiasan.
KEISTIMEWAAN produk ini boleh dijadikan aksesori hiasan.

Parang sejenis senjata pendek yang digunakan untuk membelah, menebang, memotong, melapah, menakik, mencantas, memancung, melibas dan menetak.

Senjata yang digolongkan sebagai parang biasanya tidak melebihi 45 sentimeter (sm) panjang dan bermata tajam di sebelah saja.

Bahagian belakangnya lebih tebal daripada bahagian mata, sementara lebar mata parang dianggarkan antara 5 hingga 15 sm.

Terdapat beberapa jenis parang yang terkenal dan sentiasa diguna pakai seperti Parang Bajau Sama, Parang Candong, Parang Ilang dan Parang Tangkin.

Parang mempunyai puting lebih kurang 10 hingga 15 sm panjang untuk dimasukkan ke bahagian hulunya.

Hulu parang adalah pemegang kepada mata parang dan biasanya diukir dengan tangan sepenuhnya dan mempamerkan ketinggian nilai estetika seni ukiran halus.

Ragam hias pada hulu parang kebanyakannya bermotifkan flora, fauna dan awan larat yang diukir menggunakan teknik ukiran timbul atau tebuk tembus.

Lazimnya hulu parang diperbuat daripada kayu kemuning emas, kembayau burung, madang berunok, arang bunga, akasia dan mesada.

Lebih menarik, terdapat hulu parang yang dibuat khas menggunakan tanduk kerbau betina.

Hulu parang yang dihasilkan daripada tanduk kerbau betina ini lebih berkualiti dan tahan lama.

Jika dilihat, hulu parang yang dihasilkan ini seakan-akan sama seperti hulu parang lain.

Sepasang tanduk kerbau betina boleh diperoleh dengan RM100 dan mampu menghasilkan satu atau dua hulu parang yang berkualiti bergantung kepada panjang tanduk itu.

Tanduk kerbau betina menjadi pilihan disebabkan saiznya yang kecil, tetapi memiliki ukuran panjang dan struktur lebih padu berbanding tanduk kerbau jantan berukuran lebih panjang, tetapi kosong.

Keistimewaan produk ini boleh dijadikan aksesori hiasan dan mudah disuai padan dengan kelengkapan rumah supaya tampil unik dan berbeza.

Kesesuaian saiznya diyakini dapat menjadi penyeri ruang sama ada sebagai hiasan dinding, hiasan dalam almari kaca mahupun dipamerkan di atas meja.

Kreativiti dekorasi produk ini mampu menjadi daya tarikan bahkan mencuri perhatian tetamu yang berkunjung ke kediaman anda.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Mei 2015 @ 11:39 AM