KEDAI Tukar beri manfaat kepada peruncit.
KEDAI Tukar beri manfaat kepada peruncit.

Kuala Lumpur: Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dalam pemborongan dan peruncitan yang merangkumi 13 projek permulaan (EPP) membantu Malaysia untuk meneruskan tumpuan kepada usaha menyediakan persekitaran ekonomi yang menyokong sektor swasta bagi memperbaiki dan meningkatkan sumbangan kepada ekonomi negara.

Antara 13 EPP termasuk di bawah NKEA ialah meningkatkan bilangan kedai format besar yang mana sepanjang tahun lima pasar raya hiper dan enam pasaraya besar dibuka oleh pemain asing dan tempatan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Sri Hasan Malek berkata, menerusi EPP, dalam pemodenan melalui program transformasi kedai runcit kecil (Tukar) sebanyak 305 kedai runcit ditransformasikan sehingga 31 Disember 2014 di seluruh Malayia membawa jumlah kedai Tukar kepada 1,914 sejak dilancarkan pada 2014.

Beliau berkata, dalam EPP gedung maya, pasaran beli-belah dalam talian dijangka mengalami pertumbuhan RM5 bilion pada 2014 dengan kebanyakan pembelian dibuat melalui laman web tempatan disokong dengan populariti peranti mudah alih dan jalur lebar.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 April 2015 @ 8:24 AM