Oleh Icka S Hassan

Shah Alam: PDRM menewaskan Terengganu 3-0 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam malam tadi.

Skuad kendalian Azman Adnan mendahului perlawanan hasil jaringan Shahruain Abu Samah seawal minit ke-7 sebelum Dramane Traore menyumbat gol kedua pada minit ke-16.

PDRM terus menjarakkan kedudukan apabila Ashfaq Ali menjaringkan gol ketiga pada minit ke-20.

Terengganu terlebih dulu menunjukkan taring menerusi beberapa gerakan berbahaya ke kubu lawan menerusi gandingan import, Paulo Rangel dan Gustavo Fabian Lopez, namun berjaya dihalang barisan pertahanan PDRM.

Gawang PDRM akhirnya berjaya dirobek pada minit terakhir perlawanan apabila Terengganu menjaringkan satu gol hasil sepakan pemain simpanan Issey Morgan Nakajima menjadikan kedudukan 3-1 sehingga tamat perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 April 2015 @ 11:04 PM