ENNAH (bertudung) histeria dan cuba dikawal anggota keluarganya ketika ditemui wartawan.
ENNAH (bertudung) histeria dan cuba dikawal anggota keluarganya ketika ditemui wartawan.
Agensi

Cirebon (Indonesia): Seorang lelaki Indonesia yang bekerja di Arab Saudi, Nawali Hasan Ihsan @ Ato Suparto, 41, merayu Presiden Joko Widodo (Jokowi) mengirimkan bantuan guaman untuk membela dirinya dan dua rakan, juga rakyat negara itu yang berdepan hukuman mati.

Menurutnya, dia dan rakan dirinya tidak mempunyai peguam untuk membela mereka.

“Saya benar-benar meminta Pak (Presiden) Jokowi bantu kami di sini sesungguh mungkin. Tolong pak, peguam Indonesia sudah tidak ada kerana sudah tidak ada wangnya. Kami bimbang, masalah kami berpanjangan dan tetap akan dihukum mati,” kata Ato menerusi telefon ketika menghubung kakaknya, Ennah, 45, yang menetap di Cirebon, Jawa Barat, kelmarin.

Panggilan telefon itu tidak dijadualkan. Ketika itu, beberapa wartawan berada di rumah Ennah untuk mendapatkan maklumat mengenai nasib Ato yang tersenarai dalam daftar warga Indonesia yang berdepan hukuman mati di Arab Saudi.

Hukuman pancung ke atas pembantu rumah warga Indonesia, Siti Zaenab dan Karni membuat keluarga Ato bimbang kemungkinan dia akan menerima nasib sama.

Ennah tidak berhenti menangis ketika diwawancara wartawan.

Pada 2011, Ato berdepan dengan masalah apabila dia bersama-sama dua rakan senegaranya terlibat dalam pergaduhan dengan seorang lagi pekerja warga Indonesia, Fatimah yang berakhir dengan kematian wanita itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 April 2015 @ 7:52 AM