UNTUK mewujudkan suasana yang mesra kepada tetamu, letakkan lilin di sepanjang meja bufet.
UNTUK mewujudkan suasana yang mesra kepada tetamu, letakkan lilin di sepanjang meja bufet.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


SYAWAL sudah tiba dan pastinya ramai yang sibuk meraikannya. Selain pakaian untuk digayakan dan juadah santapan buat keluarga dan tetamu yang bertandang, menghias rumah turut menjadi keutamaan dalam persiapan.

Tidak kira untuk bertemu dengan yang tersayang mahupun menikmati juadah enak, ruang rumah pastinya akan menjadi tumpuan sepanjang musim perayaan ini.

Meskipun persiapan rumah untuk menyambut Aidilfitri kali ini agak mencabar, namun ada beberapa alternatif lain yang boleh dicuba bagi memberi sentuhan segar kepada rumah anda.

Untuk persiapan Aidilfitri yang mesra dompet, ada idea hiasan rumah yang berharga kurang daripada RM100 boleh didapati di peruncit kelengkapan rumah terbesar, IKEA.

1) Hiasan meja makan yang minimalis

Apabila mengadakan rumah terbuka untuk rakan dan keluarga, tentu hidangan raya menjadi perhatian utama.

Untuk meja makan atau meja bufet, hiasan yang minimalis dapat memastikan ruang anda lebih teratur dan menarik.

Mulakan dengan menetapkan warna asas untuk alas meja dan jangan ragu tampilkan warna terang atau corak yang berani.

Di bahagian tengah meja makan pula, letakkan tumbuh-tumbuhan atau bunga dalam bekas kaca yang sedia ada di rumah anda.

Lebih penting, elakkan daripada berlebih-lebihan dan bersepah.

Fokus pada aspek dekorasi utama dan wujudkan lebih ruang untuk juadah raya dari ketupat, rendang hingga kuih-muih yang lazat.

Untuk mewujudkan suasana yang mesra kepada tetamu, letakkan lilin di sepanjang meja bufet.

2) Ceriakan ruang tamu anda

Aidilfitri adalah masa untuk mencetuskan kenangan indah, jadi tahun ini cuba untuk mengubah ruang tamu rumah anda supaya menjadi topik perbualan yang menarik dalam kalangan keluarga dan tetamu.

Hidupkan suasana harmoni dengan menyatukan pelbagai corak pada langsir, kusyen dan alas.

Jangan takut untuk bereksperimen dengan tekstur dan gunakan beberapa warna utama untuk melahirkan keseimbangan dekorasi.

Tingkatkan keselesaan tetamu anda dengan alas yang selesa pada sofa dan sediakan kusyen kerusi lebih tebal.

3) Cara bijak untuk menambah ruang

Jika memiliki saiz ruang yang terhad, susun atur kedudukan perabot dan barang-barang supaya lebih selesa untuk tetamu bergerak.

Penggunaan bakul dan kotak storan dapat memastikan kekemasan ruang serta menambahkan lagi sentuhan dekorasi.

Selain itu, kusyen lantai ialah satu lagi cara bijak bagi mewujudkan ruang tambahan, bukan hanya untuk Aidilfitri, tetapi juga untuk pertemuan dan perayaan pada masa akan datang.

Jika ingin menambahkan keceriaan pada hari raya, siapkan troli snek bergerak dan isi dengan kuih raya kegemaran serta minuman yang menyegarkan.

Ia mudah dialih masuk dan keluar, menjadikannya cara yang praktikal untuk menyusun segala dengan teratur dan mudah dicapai tanpa memerlukan banyak ruang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 April 2024 @ 6:45 AM