ROSLAN (tengah) menunjukkan senjata tiruan yang dirampas. FOTO Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail
ROSLAN (tengah) menunjukkan senjata tiruan yang dirampas. FOTO Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail
SENJATA tiruan yang dirampas. FOTO Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail
SENJATA tiruan yang dirampas. FOTO Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail
SENJATA tiruan yang dirampas. FOTO Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail
SENJATA tiruan yang dirampas. FOTO Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail
Oleh Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail


Kuching: Seorang lelaki ditahan kerana menyimpan senjata api tiruan dalam satu serbuan di rumah di Gita di sini, semalam.

Dalam serbuan 1.30 petang itu, polis menemui lima senapang, empat pistol tiruan dan penabur yang dijadikan peluru yang disimpan dalam rumah suspek.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad berkata, suspek yang bekerja sebagai pelayan restoran dipercayai memperoleh senjata api tiruan itu melalui pembelian atas talian.

Katanya, pembelian dilakukan secara berasingan dan suspek menyambungkannya menjadikan satu senjata lengkap.

"Suspek mendakwa senjata api tiruan itu digunakan untuk riadah. Siasatan masih dijalankan, polis percaya suspek mungkin turut terbabit sebagai pengedar senjata api tiruan dalam kalangan kenalan rapat.

"Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 36, Akta Senjata 1960," katanya dalam sidang media di IPD Kuching, hari ini.

Suspek akan direman untuk siasatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 April 2015 @ 11:22 AM