ORANG ramai melihat runtuhan sebuah rumah selepas serangan di wilayah Amman di barat laut ibu negeri Yaman, Sanaa, semalam.
ORANG ramai melihat runtuhan sebuah rumah selepas serangan di wilayah Amman di barat laut ibu negeri Yaman, Sanaa, semalam.
Agensi

Riyadh: Seramai 500 militan Houthi terbunuh dalam beberapa pertempuran di kawasan sempadan Arab Saudi sejak pakatan Arab yang diketuai Arab Saudi melancarkan serangan udara terhadap kedudukan pemberontak di Yaman.

Dalam pada itu, Kementerian Pertahanan Arab Saudi kelmarin memberitahu tiga askar negara itu maut dalam satu serangan mortar di kawasan sempadan pada Jumaat lalu.

Kenyataan itu yang pertama melaporkan angka korban di kawasan sempadan antara Arab Saudi dan Yaman sejak kempen serangan udara pakatan Arab bermula pada bulan lalu.

Terdahulu, jurucakap tentera pakatan, Ahmed al-Assiri memberitahu sebanyak 1,200 serangan udara dilancarkan antara 26 Mac hingga tengah hari kelmarin.

Serangan itu berjaya memusnahkan kemampuan udara dan peluru berpandu kumpulan pemberontak dan ia akan diteruskan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 April 2015 @ 7:16 AM