Riyadh: Seorang pengawal sempadan Arab Saudi terbunuh dalam serangan roket pemberontak Houthi yang menyerang dari utara Yaman.

Agensi berita rasmi Saudi (SPA) melaporkan semalam, pos sempadan di wilayah Jazan diserang lewat kelmarin, menyebabkan pengawal melancarkan serangan balas.

“Seorang pengawal terbunuh dalam kejadian itu,” lapor agensi berkenaan.

Lebih 50 rakyat Saudi terbunuh di sepanjang sempadan negara itu sejak Riyadh mengetuai pakatan Arab untuk melancarkan serangan udara terhadap kedudukan Houthi di Yaman pada 26 Mac lalu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Ogos 2015 @ 7:13 AM