Manila: Ketua perunding untuk Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) kelmarin mengakui Mohagher Iqbal adalah antara nama samaran yang digunakannya.

“Ya, saya menggunakan beberapa nama dan ia adalah sesuatu yang biasa untuk sebuah pertubuhan revolusi seperti kami,” kata Mohagher di hadapan anggota kongres.

Mohagher menegaskan beliau warga Filipina dan memegang hanya satu pasport negara itu yang menggunakan nama sebenarnya.

Mohagher berkata, beliau enggan mendedahkan nama sebenarnya atas beberapa faktor sensitif.

Bagaimanapun, beliau menawarkan untuk meminta Jabatan Hubungan Luar untuk memberikan salinan pasportnya kepada Parlimen negara itu.

“Saya keluar negara menggunakan nama sebenar saya dan perkara itu diketahui oleh kerajaan,” ujarnya.

Sebelum ini wakil perunding kerajaan, Miriam Coronel-Ferrer juga enggan mendedahkan nama sebenar Mohagher. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 April 2015 @ 10:16 AM