Mat Yo pilih Terengganu. FOTO Osman Adnan
Mat Yo pilih Terengganu. FOTO Osman Adnan
Oleh Malik Muhamad


Kuala Terengganu: Tanda tanya mengenai perpindahan Nor Shahrul Idlan Talaha atau Mat Yo daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Terengganu terjawab apabila penyerang kebangsaan itu akan menandatangani kontrak menyarung jersi skuad Penyu di sebuah hotel di Gong Badak, di sini, 4.30 petang ini.

Setiausaha Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Arpin Draman yang mengesahkan perkara itu berkata, keputusan mengambil Mat Yo bertujuan memantapkan pasukan yang menyasarkan untuk mendakap satu piala musim ini.

"Selepas pemain itu menyatakan hasrat untuk menyarung jersi Terengganu, PBSNT membuka pintu buat Mat Yo dan kontrak pemain itu akan ditandatangani petang ini sehingga tamat saingan musim ini.

"Bagaimanapun jika pemain itu gagal memenuhi prosedur yang ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), termasuk tidak membawa surat pelepasan kita akan menangguhkan majlis terbabit," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 April 2015 @ 3:23 PM