SOFIA menggunakan kecantikannya untuk menggoda lelaki di Facebook.
SOFIA menggunakan kecantikannya untuk menggoda lelaki di Facebook.
Agensi

Beunos Aires: Seorang wanita digelar Black Widow Facebook selepas dia menggunakan kecantikannya untuk menggoda lelaki sebelum merompak mangsa.

Sofia Davila, 21, ditahan pihak berkuasa bandar ini selepas 15 lelaki membuat laporan polis mendakwa menjadi mangsa wanita terbabit.

Semua mangsa memberitahu mereka berkenalan dengan Sofia di Facebook dan wanita itu berpura-pura jatuh cinta dengan mereka.

Wanita itu menggunakan daya penariknya untuk menggoda lelaki dengan memuat naik beberapa gambarnya dalam keadaan mengghairahkan di Facebook.

Seorang mangsa, Diego Escalante, 39, berkata, dia berkenalan dengan Sofia selepas tertarik dengan kejelitaan wanita itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 April 2015 @ 7:46 AM