SCARLETT penerima bayaran tertinggi di dunia berjumlah AS$56 juta (RM234.6 juta) untuk tahun kedua berturut-turut. FOTO AFP
SCARLETT penerima bayaran tertinggi di dunia berjumlah AS$56 juta (RM234.6 juta) untuk tahun kedua berturut-turut. FOTO AFP
AFP

LOS ANGELES: Pelakon Scarlett Johansson diumumkan sebagai penerima bayaran tertinggi di dunia berjumlah AS$56 juta (RM234.6 juta) untuk tahun kedua berturut-turut, menurut kedudukan tahunan Forbes yang diterbitkan semalam.

Scarlett, 34, mengutip lebih AS$15.5 juta (RM64.9 juta) berbanding 2018, terutama selepas kejayaan filem ‘Avengers: Endgame’ yang terakhir, membolehkan dia memperoleh AS$35 juta (RM146.7 juta).

Pelakon itu bakal meneruskan watak Black Widow pada tahun depan.

Walaupun Scarlett berada dalam senarai teratas berkenaan, jumlah itu hanya melayakkan dia di tempat kelapan dalam senarai yang menggabungkan pelakon lelaki dan wanita.

Sebagai perbandingan, pelakon Iron Man, Robert Downey Jr. memperoleh kira-kira AS$55 juta (RM230.55 juta) hanya menerusi Avengers: Endgame.

Sofia Vergara merangkul tempat kedua dengan pendapatan AS$44.1 juta (RM184.8 juta) antara 1 Jun 2018 sehingga 1 Jun 2019.

Diikuti Reese Witherspoon AS$35 juta (RM146.6 juta), Nicole Kidman AS$34 juta (RM142.4 juta) dan Jennifer Aniston AS$28 juta (RM117.3 juta).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Ogos 2019 @ 1:34 PM