Jimmy (tengah) pada majlis pelancaran, semalam.
Jimmy (tengah) pada majlis pelancaran, semalam.

Kuala Lumpur: Asus Malaysia mengunjurkan untuk menjual sehingga 350,000 unit komputer riba terbarunya, Asus Transformer Book T300 Chi dan Asus ZenBook UX305 menjelang akhir tahun ini, sekali gus dapat mengukuhkan penguasaan pasaran dalam segmen berkenaan daripada 27 peratus sebelum ini kepada 30 peratus.

Asus Transformer Book Chi dan Asus ZenBook UX305 adalah model ternipis selepas Macbook Air yang diperkenalkan baru- baru ini dengan ketebalan 16.5 milimeter (mm) dan 12.3mm dan mampu mengubah dari komputer riba nipis ke tablet paling nipis di dunia.

Pengurus Sistem Asus Malaysia, Jimmy Lin berkata, kedua-dua produk itu miliki keunikan tersendiri termasuk kamera HD selain yakin mampu dimiliki setiap peringkat umur termasuklah golongan korporat mahu pun pelajar.

“Dengan berat masing-masing antara 1.2kg dan 1.43kg, produk ini mudah dibawa kemana saja, malah sesuai untuk mereka yang sentiasa memerlukan komputer riba untuk keperluan pejabat mahu pun peribadi.”

“Selain dapat menyimpan data sehingga 128GB, T300 chi juga mempunyai reka bentuk tanpa kipas dikuasakan cip pemproses Intel Core M untuk prestasi luar biasa yang memberikan kebebasan kepada pengguna bekerja dan bermain dengan ciri mobiliti tinggi,” katanya pada majlis pelancarannya di sini, semalam.

Jimmy berkata, ZenBook UX305 turut mempunyai pensuisan segar, paparan anti-silau dengan resolusi visual yang jelas di setiap sudut, papan kekunci ergonomik bersaiz penuh serta sokongan isyarat pintar untuk kawalan windows 8.1.

Asus Transformer Book T300 Chi dan Asus ZenBook UX305 dijual pada harga masing-masing RM3,199 dan RM2399 seunit, bagi Asus Transformer Book T100 Chi pula masih belum ditentukan harga pasaran serta bakal diumumkan kelak.

Kedua- dua produk itu juga mempunyai ciri sama yang boleh menjangkau hayat bateri selama 10 jam untuk kebebasan dan keselesaan kepada penggunanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Mac 2015 @ 7:57 AM