KOMPUTER riba keluaran terbaru ASUS. FOTO Saddam Yusoff
KOMPUTER riba keluaran terbaru ASUS. FOTO Saddam Yusoff
Oleh Wan Nur Ameera Meor Rozman

 

Kuala Lumpur: Asus Malaysia melancarkan komputer ribanya yang paling nipis, Asus ZenBook UX305 serta Asus Transformer Book T300 Chi, hari ini.

Dengan ketebalan 12.3 mm, Zenbook UX305 itu lebih nipis daripada Macbook yang diperkenalkan Apple, awal bulan ini, manakala Asus Transformer Book T300 Chi mempunyai ketebalan 16.5 mm.

Pengurus Sistem Asus Malaysia, Jimmy Lin berkata, kedua produk itu miliki keunikan tersendiri seperti kamera HD selain mampu mengubah dari komputer riba ke tablet paling nipis di dunia.

"Dengan berat antara 1.2 kilogram (Kg) bagi UX305 dan 1.43 Kg (T300 Chi), produk terbabit mudah dibawa ke mana sahaja," katanya.

"Selain setoran sehingga 128GB, T300 Chi juga mempunyai reka bentuk tanpa kipas dan dikuasakan oleh pemprosesan Intel Core M yang memberikan kebebasan kepada pengguna untuk bekerja dan bermain dengan mobiliti tanpa tenaga," katanya pada sesi pelancaran di sini.

Jimmy berkata, ZenBook UX305 turut mempunyai, paparan anti-silau dengan resolusi jelas dari setiap sudut, papan kekunci ergonomik bersaiz penuh serta sokongan isyarat pintar dan sistem operasi Windows 8.1.

Bateri pada kedua-dua produk itu dijangka boleh tahan selama 10 jam, katanya.

Asus Transformer Book T300 Chi dan Asus ZenBook UX305 dijual masing-masing pada harga RM3,199 dan RM2,399 seunit.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Mac 2015 @ 9:25 PM