Muhammad Saufi Hassan

Pengeluar perkakas komputer dan laptop terkemuka, Asus memperkenalkan peranti baharu mereka daripada generasi Zenbook S13 OLED sekali gus menjadi laptop ultra ringan paling nipis di dunia.

Menerusi pengenalan berkenaan, Asus Zenbook S13 OLED berkenaan didatangkan dengan dua variasi iaitu menggunakan cip pemproses Intel Core i5 serta Intel Core i7 Generasi Ke-13 bersama padanan storan 512GB serta 1TB.

Laptop berkenaan hanya seberat kira-kira 1 kilogram (kg) dengan padanan skrin paparan OLED memberikan kejelasan warna bersama keupayaan prestasi paling optimum.

Menyentuh aspek spesifikasinya, laptop berkenaan menggunakan cip pemproses generasi ke-13 daripada dua variasi Intel Core i5 serta Intel Core i7 bersama padanan memori (RAM) 16GB LPDDR5.

Untuk visual sebenar, Zenbosok S13 OLED mempunyai nisbah Asus 16:10 2.8K bersama resolusi 2880 x 1800 yang cantik.

Paparan OLED Lumina yang diperakui Dolby Vision dengan paparan warna yang diiktiraf oleh  Pantone dan VESA bersama Pensijilan DisplayHDR True Black 500, memastikan perincian yang luar biasa dan tahap warna hitam realistik.

Peranti ini dibina menerusi bahan industri kitar semula (PIR) aloi magnesium-aluminium untuk pelindung papan kekunci, kerangka dan binaan berkenaan mengurangkan jejak karbon sekali gus lebih mesra hijau.

Jangka hayat komputer riba yang lebih lama juga mengurangkan pembaziran jangka panjang jadi Zenbook 13S OLED adalah diuji menggunakan standard ketahanan gred tentera iaitu AS MIL-STD-810H terkini sehingga 12 kaedah ujian dan 26 ujian individu.

Untuk pengalaman menonton lebih baik, Zenbook S13 OLED dilengkapi dengan Asus Lumina OLED 16:10, nama baharu yang hanya diberikan kepada paparan OLED unggul yang memenuhi kualiti ketat.

Paparan OLED menyeragamkan penyelesaian visual yang direka dengan baik mengikut pengalaman OLED terbaik.

 

 

SPESIFIKASI

• Pemproses: Intel Core i5 / Intel Core i7 Generasi Ke-13

• RAM: 16GB LPDDR5

• Skrin: 13.3 Inci

• Paparan: OLED

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Mei 2023 @ 1:39 PM