Kuala Lumpur: Pesuruhjaya Sukan Ahmad Shapawi Ismail membuat keputusan untuk menggantung Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).

PKBM diberikan tempoh 30 hari untuk mengambil tindakan pembetulan seperti diarahkan atau berdepan dengan pembatalan.

Ahmad Shapawi menerusi satu kenyataan sebentar tadi berkata, tindakan berkenaan adalah berkuatkuasa hari ini.

"Tindakan ini diambil selepas surat tunjuk sebab yang dihantar PKBM tidak menjawab dengan jelas persoalan yang ditimbulkan dalam surat berkenaan," katanya.

Malah Shapawi menjelaskan PKBM juga tidak mengambil sebarang tindakan pembetulan seperti yang diarahkan sebelum ini

PKBM sebelum ini diberikan surat tunjuk sebab susulan isu membabitkan peruntukan yang disalurkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bermula 2011 hingga tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Oktober 2014 @ 7:17 PM