A Rahman (kiri) bersama kakitangan Jabatan Taman Laut Malaysia melihat kesan tumpahan minyak di Pulau Tenggol. FOTO Rosli Ilham
A Rahman (kiri) bersama kakitangan Jabatan Taman Laut Malaysia melihat kesan tumpahan minyak di Pulau Tenggol. FOTO Rosli Ilham
Oleh Rosli Ilham

Dungun: Kesan tumpahan minyak dipercayai daripada kapal dagang dilihat mencemari Pantai Pulau Tenggol, Dungun, sepanjang kira-kira satu kilometer, pagi tadi.

Tompokan minyak itu disedari pengusaha resort, Aziz Muhammad, 60, yang berkata, ia dipercayai dibuang sebuah kapal dagang yang melalui kawasan berhampiran pantai, Rabu lalu.

"Kelmarin, ketika membuka resort ini, saya ada ternampak kapal dagang lalu di perairan berdekatan pantai ini. Pagi tadi, saya lebih terkejut apabila mendapati kawasan pantai dipenuhi tompokan minyak yang sudah menjadi bebola.

"Keadaan ini boleh menjejaskan perniagaan selain pastinya menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pengunjung terutama untuk melakukan aktiviti snorkling dan kami sudah melaporkan perkara ini kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS)," katanya ketika ditemui Harian Metro, hari ini.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun A Rahman Che Ali berkata, contoh tompokan minyak itu sudah diambil Jabatan Taman Laut negeri.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Mac 2015 @ 6:56 PM