Raja Noraina Raja Rahim


TOMPOKAN minyak dipercayai bahan kimia dan bangkai ikan ditemui di anak sungai dekat Batu 14, Mantin di Seremban, pagi ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian jam 5.35 pagi.

PASUKAN HAZMAT menjalankan pemeriksaan di lokasi. FOTO Ihsan Bomba
PASUKAN HAZMAT menjalankan pemeriksaan di lokasi. FOTO Ihsan Bomba

Menurutnya, sebuah jentera dengan kekuatan seorang pegawai dan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban segera ke lokasi.

“Anggota mendapati terdapat kesan tompokan minyak dan ikan mati di sungai itu.

“Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) turut dipanggil ke lokasi bagi menjalankan siasatan. Anggota terbabit sedang mengambil sampel air sungai berkenaan dan setakat ini bacaan diterima adalah pH 5.8,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Difahamkan, Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut berada di lokasi bagi menjalankan siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Disember 2019 @ 9:26 AM