JULIANNE Hough dan Derek Hough.
JULIANNE Hough dan Derek Hough.
BLAC Chyna dan Kylie Jenner.
BLAC Chyna dan Kylie Jenner.
Syafil Syazwan Jefri


Aplikasi Snapchat semakin menjadi kegilaan bukan sahaja dalam kalangan masyarakat umum bahkan turut digunakan secara meluas selebriti terkemuka.

Di Hollywood, aplikasi ini bukan lagi asing. Dengan wujudnya pelbagai ‘feature’ menarik, antara daya tarikan utama adalah pengguna boleh menukar wajah antara dua individu dengan menggunakan kaedah ‘face swap’.

Berikut 10 selebriti yang turut menggunakan aplikasi ini dan ternyata hasilnya cukup mencuit hati.

Julianne Hough & Brooks Laich

Pasangan ini melakukan ‘face swap’ dan saling memuji hasilnya. Pasangan yang pernah menyertai program Dancing With the Stars ini turut berkongsi video pendek lucu mereka di laman Instagram.

Kim Kardashian & North West

Kim Kardashian memuat naik gambarnya dan puterinya, North West serta menulis satu soalan. ‘Adakah ini wajah North apabila dewasa kelak?’ di ruangan kapsyen.

Soalan itu diajukan kepada pengikut Instagramnya. Ramai menyifatkan foto itu sangat menarik dan lucu.

Blac Chyna & Kylie Jenner

Mungkin mereka menggunakan kaedah ‘face swap’ untuk menggambarkan persahabatan mereka.

Apa yang pasti, wajah Chyna langsung tidak sesuai apabila dipadankan dengan wajah Kylie. Mungkin dia lebih sesuai dengan gaya rambutnya yang tersendiri.

Chrissy Teigen & John Legend

Ramai geli hati dengan foto ‘face swap’ bintang tersohor John Legend dan isterinya, Chrissy Teigen. Wajah mereka nampak lucu sehingga Chrissy menulis dia rasa seperti mahu muntah di ruangan kapsyen. Ia sekali gus menggambarkan dia berasa kecewa dengan hasil gambar itu.

Apa-apa pun, foto itu tetap lucu hingga menjadi viral dalam kalangan pengikut setia pasangan berkenaan.

Kourtney Kardashian & Scott Disick

Seorang lagi anggota keluarga Kardashian, Kourtney tidak melepaskan peluang menggunakan ‘face swap’ di aplikasi Snapchat.

Ramai menyifatkan dalam banyak foto ‘face swap’ selebriti yang tersebar di Internet, ini gabungan gambar paling ‘menakutkan’.

Julianne Hough & Derek Hough

Nampaknya, genetik dua beradik ini benar-benar kuat. Walaupun Julianne muda tiga tahun daripada Hough, mereka tampak persis kembar seiras.

Berbanding foto lain, adik-beradik Hough ini paling serasi dan comel walaupun bertukar badan.

Ryan Seacrest & Demi Lovato

Dalam foto ‘face swap’ yang dikongsi Demi Lovato dan Ryan Seacrest ini, mereka nampak sesuai dengan pakaian yang dikenakan.

Ryan tampil umpama bintang rock dalam jaket kulit Demi, manakala Demi pula kelihatan seperti Adam Lambert dengan sut lengkap bertali leher.

Kris & Kylie Jenner

Mungkin menjadi kegilaan dalam keluarga Kardashian-Jenner apabila hampir setiap anggota keluarga mereka tidak melepaskan peluang menggunakan ‘feature’ ini.

Untuk foto ‘face swap’ antara ibu dan anak ini, tidak nampak banyak beza kerana kedua-duanya sesuai di tubuh masing-masing.

Mungkin ini wajah Kylie apabila seusia ibunya kelak.

Selena Gomez & Vanessa Hudgens

Kedua-duanya nampak normal dan serasi dengan ‘face swap’ yang dilakukan. Pun begitu, ketika menonton video pendek yang dimuat naik Selena di Instagramnya, nampak pelik apabila Selena meletakkan tangan di muka dan tangan itu muncul di wajah Vanessa.

Zayn Malik & kemeja-T Zayn Malik

Jika majoriti memilih untuk bertukar wajah dengan orang lain, Zayn pula lebih berminat melakukan ‘face swap’ dengan wajahnya sendiri.

Lebih unik, dia bertukar dengan wajahnya yang terpapar di kemeja-T miliknya. Memang lain daripada lain dan hasilnya tidak mengecewakan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Jun 2016 @ 5:00 AM