Oleh Ibrahim Isa

 

Muar: Kerajaan mempunyai pelan 13 tahun untuk memperkasa pendidikan dan pengenalan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bertujuan melahirkan modal insan yang lebih baik, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, menerusi PT3 ibu bapa dapat menilai kelemahan anak dan berusaha memperbaiki kelemahan berkenaan.

Ibu bapa juga perlu memainkan peranan dan memberi peluang kepada anak masing-masing untuk menimba ilmu, katanya ketika merasmikan Dewan Seri Permata Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Pasir di sini, hari ini.

Beliau turut merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan PT3 2014 bagi murid serta pelajar sekolah sekitar Parlimen Pagoh.

Seramai 84 murid dan pelajar cemerlang menerima anugerah pada majlis itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Februari 2015 @ 1:59 PM