KEADAAN bas yang terbabas. FOTO ihsan bomba
KEADAAN bas yang terbabas. FOTO ihsan bomba
KEADAAN bas yang terbabas. FOTO Zainuz Fitri
KEADAAN bas yang terbabas. FOTO Zainuz Fitri
Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Batu Pahat: Sekurang-kurangya 12 penumpang cedera selepas bas ekspress dua tingkat dari Ipoh ke Singapura terbabas dan terbalik di Kilometer 100 Lebuhraya PLUS berdekatan Yong Peng di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi, bas yang membawa 28 penumpang itu dipercayai terbabas dan terbalik ke laluan bertentangan.

Difahamkan seorang mangsa parah manakala penumpang yang lain menerima rawatan luar.

Seorang mangsa, Jimmy Ting, 37, berkata, ketika kejadian dia yang sedang tidur terdengar letupan sebelum pengsan.

"Saya tersedar ketika penyelamat mengejutkan kami dan membawa mangsa yang cedera ke hospital," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Februari 2015 @ 10:45 AM