Bas ekspres yang terbabit kemalangan dengan treler membawa muatan sawit di Kilometer 38 Jalan Bahau-Kemayan, berhampiran Sungai Lui, tengah hari tadi. FOTO Abnor Hamizam Abd Manap
Bas ekspres yang terbabit kemalangan dengan treler membawa muatan sawit di Kilometer 38 Jalan Bahau-Kemayan, berhampiran Sungai Lui, tengah hari tadi. FOTO Abnor Hamizam Abd Manap
Abnor Hamizam Abd Manap


Jempol: Sebelas penumpang bas ekspres berdepan detik mencemaskan apabila bas dinaiki terbabit kemalangan dengan treler membawa muatan sawit di Kilometer 38 Jalan Bahau-Kemayan, berhampiran Sungai Lui di sini, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Noorzainy berkata, dalam kejadian 12 tengah hari itu, bas berkenaan dalam perjalanan dari Kuantan ke Melaka sebelum bertembung dengan treler yang datang dari arah bertentangan.

"Siasatan awal mendapati treler dipandu lelaki berusia 40-an dari Bahau hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan dan melanggar bahagian kanan bas.

"Kejadian itu mengakibatkan treler berkenaan terbalik. Namun, pemandunya hanya cedera ringan manakala pemandu dan penumpang bas tidak cedera," katanya.

Menurutnya, kemalangan disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Jalan Raya 1959.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 September 2016 @ 8:02 PM