PASUKAN SMKSL puas selepas bergelar juara Kejohanan Bola Baling KMY 2015.
PASUKAN SMKSL puas selepas bergelar juara Kejohanan Bola Baling KMY 2015.
Oleh Fauzi Rahim Mustafa


Sungai Petani: Hasrat tertunda selama setahun skuad lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Layar (SMKSL) bergelar juara dilunaskan pada edisi 2015 dalam Kejohanan Bola Baling Daerah Kuala Muda/Yan (KMY).

Tahun lalu, mereka dinafikan status itu selepas kecundang kepada SMK Bedong, tampil lebih ampuh kali ini, SMKSL berjaya merebut gelaran jaguh KMY 2015 yang berakhir di padang SMK Pengkalan Lebai Man (SMKPLM), di sini.

SMKSL muncul juara selepas menewaskan SMK Bakar Arang melalui balingan penalti 4-2 selepas kedudukan terikat 5-5 masa permainan sebenar dan tambahan.

Skuad pimpinan guru Mohd Fuad Saad itu bermula garang dari peringkat kumpulan lagi apabila menewaskan semua pesaingnya, SMK Bandar Sungai Petani 3-2, SMK Kota Kuala Muda 7-0 termasuk pasukan tuan rumah, SMKPLM 5-1.

Kecemerlangan SMKSL diteruskan di pusingan kedua dengan mengalahkan SM Sin Min 9-2 sebelum melakar kejayaan ke atas lawan suku akhir, SMK Pekula Jaya 4-0.

Mohd Fuad yang dibantu Zul Azri Ghazali, Zawariah Abd Rahim dan Rafidah Abdul Rahman berkata, memasuki separuh akhir, skuadnya terpaksa mengubah taktikal untuk lebih mencengkam.

Hasilnya, SMKSL menewaskan SMK Batu 17 dengan 5-1 sekali gus memberi semangat tambahan.

“Kami puas meraih gelaran kerana saingan tahun ini lebih sengit,” katanya.

Hadiah disempurnakan Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) KMY, Badrul Hisham Dahlan diiringi Penolongnya, Yusof Ismail.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Februari 2015 @ 7:15 AM