SEORANG suspek yang menyerang pegawai BPF.
SEORANG suspek yang menyerang pegawai BPF.
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Asmah Rusman

Ampang: Empat samseng ‘kaya’ yang menaiki dua kereta Mercedes Benz bertindak ganas apabila menyerang sekumpulan pegawai Bahagian Penguat kuasa Farmasi (BPF) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang melakukan pemeriksaan di sebuah premis di Pandan Dalam di sini.

Dalam kejadian jam 3 petang semalam, empat lelaki berusia 30-an itu yang dipercayai melindungi peniaga di kawasan itu mengoyakkan dokumen milik pegawai BPF sebelum melarikan bungkusan berisi poduk jamu dan ubat-ubatan haram dirampas.

Kejadian dikatakan berlaku ketika 70 pegawai BPF diketuai Ketua Bahagian Penguatkuasa Farmasi Selangor Adnan Salimin melakukan pemeriksaan mengejut terhadap 14 kedai di kawasan itu.

Serbuan mengejut dilakukan selepas pihak BPF mendapat maklumat berhubung penjualan jamu, ubat-ubatan tidak berdaftar dan pil perangsang seks haram secara berleluasa di kawasan itu.

Jurucakap BPF berkata, kejadian berlaku ketika pemeriksaan diadakan di sebuah premis yang didapati menjual pelbagai produk terlarang.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Februari 2015 @ 8:22 AM