MERYAM (kanan) dan Zainab menunjukkan MyKad  mereka.
MERYAM (kanan) dan Zainab menunjukkan MyKad mereka.
Oleh Ramli Ibrahim

Gua Musang: Bukan hanya panjang umur, tetapi masih sihat tubuh badan. Itu nikmat diperoleh dua beradik perempuan warga emas di Kampung Kerinting, di sini, yang sentiasa menjadi tumpuan berikutan keistimewaan yang mereka miliki.

Meryam dan Zainab Salleh kini tercatat pasangan kembar yang lahir pada tahun sama iaitu 1924, cuma berbeza sebulan, sekali gus menjadikan usia mereka 91 tahun.

Namun, kedua-dua mereka mendakwa tidak dilahirkan pada tahun sama, jauh sekali pasangan kembar dan perkara itu sudah dimaklumkan arwah bapa mereka sejak kecil lagi.

Mengikut MyKad mereka, Zainab dicatatkan lahir pada 9 Februari 1924 manakala Meryam pada 25 Mac 1924.

“Kalau kami kembar, takkanlah dilahirkan berbeza sebulan. Hakikat sebenarnya kami adalah adik-beradik yang lahir pada bulan dan tahun berbeza.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Februari 2015 @ 8:13 AM