PASUKAN  Kepong BC gembira bersama habuan juara.
PASUKAN Kepong BC gembira bersama habuan juara.

Kuala Lumpur: Kepong BC mencipta sejarah apabila muncul juara Cabaran Juara-Juara 2015 selepas menewaskan Muar City BC 13-8 pada aksi final di Arena Of Stars, Genting Highland semalam.

Bagaimanapun Muar City memberikan tekanan awal kepada Kepong apabila Arif Latif menewaskan Nur Azriyn Ayup 11-7, 11-8, 9-11, 11-1.

Liang Xiao Yu memastikan kebangkitan Kepong selepas mudah membenam pemain perseorangan wanita Muar City, Rusydina Antardayu 11-9, 11-6, 11-7.

Gandingan beregu lelaki Kepong Ow Yao Han-Tan Boon Heong memastikan Kepong terus selesa selepas menewaskan Tan Wee Kiong-Teo Kok Siang menerusi pertarungan lima set 8-11, 11-7, 9-11, 11-6, 11-10

Gandingan beregu campuran Kepong, Hendra Gunawan-Mei Qill pula mudah menewaskan Mak Hee Chun-Vivian Hoo 11-7, 11-10, 11-5.

Pemain berbakat naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Goh Soon Huat pula menewaskan Tan Chun Seang 11-9, 11-9, 11-7.

Beregu kedua Kepong, Low Juang Sheng-Soo Kar Seong memberikan kemenangan sagu hati kepada Muar selepas menewaskan Chow Pak Chuu-Tan Bin Shen 11-9, 11-5, 11-9.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Februari 2015 @ 7:51 AM