PESAWAT udara melintasi jambatan dan sebahagian daripada sayap kirinya terkena bahagian depan sebuah teksi.
PESAWAT udara melintasi jambatan dan sebahagian daripada sayap kirinya terkena bahagian depan sebuah teksi.
Agensi

Taipei: Andai belum tiba waktu ajal. Walaupun kenderaannya dirempuh sayap kapal terbang, seorang pemandu teksi bagaikan tidak percaya dia bernasib baik berbanding penumpang pesawat udara milik TransAsia Airways yang terhempas semalam.

Kejadian menggemparkan itu berlaku ketika lelaki terbabit memandu teksinya melalui satu jambatan apabila tiba-tiba kapal terbang ATR 72-600 itu kelihatan senget sebelum merempuh struktur di situ.

Rempuhan sayap kiri pesawat udara itu turut menyebabkan teksi lelaki itu rosak teruk di bahagian depan.

Detik mencemaskan itu dirakam melalui kamera pada papan pemuka sebuah teksi lain dan disaksikan jutaan pelayar Internet.

Pesawat penerbangan GE235 itu baru saja 10 minit berlepas dari Lapangan Terbang Songshan untuk menuju Pulau Kinmen, namun ia berdepan masalah sebelum menjunam ke dalam Sungai Keelung.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Februari 2015 @ 6:18 AM