USAHA menyelamat pasukan SAR giat dilakukan. FOTO Reuters
USAHA menyelamat pasukan SAR giat dilakukan. FOTO Reuters

Taipei: Sembilan penumpang dilaporkan maut selepas pesawat TransAsia Airways terhempas ke dalam sungai Taipei, 10.55 pagi tadi.

Menurut laporan Agensi Berita Xinhua, pesawat ATR-72 yang berlepas ke Kinmen membawa 58 penumpang dan 31 daripadanya dari Tanah Besar China.

Pesawat itu dikatakan sayap kanannya terkena jejambat jalan raya bertingkat sebelum terhempas ke dalam Sungai Keelung.

Sebanyak 28 penumpang berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital di Taipei.

Pesawat itu dilaporkan terputus hubungan kira-kira 11 pagi tadi. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Februari 2015 @ 2:29 PM