MAYAT lelaki warga emas ditemui atas bumbung tingkat empat HUS.
MAYAT lelaki warga emas ditemui atas bumbung tingkat empat HUS.
Oleh Alias Abd Rani

Kuching: Seorang lelaki warga emas yang mengidap pelbagai penyakit termasuk kanser ditemui mati selepas dipercayai terjun dari tingkat sembilan Hospital Umum Sarawak, di sini, tengah hari tadi.

Lelaki berusia 76 tahun sebelum itu dilaporkan hilang dari katil pesakit ketika seorang daripada cucunya keluar membeli minuman di tingkat bawah hospital terbabit, pada 12.20 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad berkata, cucunya mendapati lelaki itu tiada sebaik kembali ke katil.

"Usaha mencari lelaki itu dilakukan dengan bantuan hospital dan polis sebelum mayatnya ditemui atas bumbung di tingkat empat HUS.

"Kami terpaksa mendapatkan bantuan bomba untuk mengangkat mayat lelaki itu. Setakat ini, polis mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut sehingga bedah siasat dilakukan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Februari 2015 @ 3:36 PM