GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
BERNAMA

IBU dan dua orang anaknya parah apabila Perodua Kancil dinaiki mereka bertembung dengan Toyota Wish di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Abang Haji Openg, Petra Jaya di Kuching, hari ini.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak, mangsa yang parah ialah pemandu Perodua Kancil, Maznah Mat Said, 47, dan dua anak lelakinya, Mohd Haikal Yo, 11, dan Azie Yo, 13.

Azie dikeluarkan oleh orang awam yang seterusnya menghantarnya ke hospital manakala Maznah dan Mohd Haikal dikeluarkan oleh anggota bomba dan diserahkan kepada pasukan perubatan dari Hospital Umum Sarawak (HUS) yang turut berada di tempat kemalangan untuk dibawa ke HUS.

Jurucakap itu berkata pihaknya menerima panggilan pada 5.56 pagi ini dan sepasukan enam anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya dikerahkan ke tempat kemalangan untuk memberi bantuan.

Pemandu Toyota Wish mengalami luka di kaki manakala penumpangnya tidak cedera.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 September 2017 @ 12:45 PM