Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Seremban: Mahkamah Khas Koroner hari ini memutuskan kematian seorang tahanan di lokap Balai Polis Tampin dekat sini, dua tahun lalu, berpunca daripada kecederaan, penderaan dan kegagalan polis memberi perhatian perubatan.

Koroner Datuk Jagjit Singh Bant Singh, membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan fakta dan keterangan 44 saksi sepanjang prosiding inkues kes kematian tahanan terbabit, PV Karuna Nithi, 42, pada 1 Jun 2013.

Beliau berkata, kematian mangsa berpunca daripada 49 kecederaan pada tubuhnya dipercayai akibat serangan oleh anggota polis dan tahanan lain ketika ditahan dalam lokap.

Katanya, polis juga didapati gagal menghentikan perbuatan tahanan lain yang mendera mangsa di dalam lokap sama.

Keputusan itu berbeza daripada punca kematian yang diputuskan dalam bedah siasat yang mendakwa kematian Karuna Nithi akibat kerosakan hati minima.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 January 2015 @ 4:58 PM