ANTARA kakitangan Ayam Brand ketika proses menyiapkan produknya untuk diagihkan kepada mangsa banjir.
ANTARA kakitangan Ayam Brand ketika proses menyiapkan produknya untuk diagihkan kepada mangsa banjir.
MENJALANKAN program membantu mangsa banjir di negeri berkaitan.
MENJALANKAN program membantu mangsa banjir di negeri berkaitan.

Jenama terkenal dengan rangkaian luas produk makanan dalam tin yang menyihatkan, mudah dan bebas bahan pengawet, Ayam Brand mendermakan ratusan karton produknya kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam usaha membantu mangsa banjir di negeri terjejas.

Sumbangan makanan termasuk produk kegemaran seperti sardin dalam sos tomato juga kacang panggang dalam sos tomato yang tinggi dalam protein, kalsium, omega-3 dan serat.

Semua produk itu tidak mengandungi bahan pengawet tambahan atau monosodium glutamat (MSG).

Menurut Pengurus Sumber Manusia Ayam BrandT Mohd Daud Ibrahim, sumbangan itu sebahagian daripada usaha tanggungjawab sosial korporat syarikat berkenaan sekaligus sebagai tindak balas langsung kepada keperluan semasa.

"Kami turut merakamkan doa kepada mangsa yang terjejas dalam bencana banjir baru-baru ini. Kami berharap bantuan ini memberikan sedikit kelegaan dan meringankan beban mangsa melalui makanan berkualiti yang penting dalam usaha mereka untuk kembali dan membina semula rumah masing-masing," katanya.

Mohd Daud berkata, selain sumbangan korporat, kakitangan Ayam Brand juga menjalankan tanggungjawab mereka dalam membantu mangsa banjir dengan memberikan sumbangan menerusi lebih banyak bantuan produk kepada mangsa.

"Kami gembira kakitangan kami menyumbangkan lebih daripada 1,000 tin produk Ayam Brand. Ini membuktikan budaya memberi dan membantu diterapkan secara kukuh di organisasi kami," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 January 2015 @ 5:02 AM