Intan Mas Ayu Shahimi


Pengambilan serat dalam kalangan rakyat negara ini masih terlalu rendah. Selain faktor memilih makanan, masyarakat umum juga dilihat seakan-akan terikat dengan teori pengambilan buah-buahan dan bijirin sudah cukup untuk memenuhi keperluan serat harian.

Realitinya masih banyak sumber serat yang boleh didapati daripada makanan harian. Serat penting untuk kesihatan penghadaman dan usus. Laporan Saranan Pengambilan Nutrisi Untuk Malaysia 2017 yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyebut orang dewasa sepatutnya mengambil 20 hingga 30 gram serat sehari.

Bagaimanapun, data tempatan menunjukkan laporan sebaliknya. Secara purata, diet harian penduduk bandar di Malaysia didapati hanya mengandungi 13 hingga 16 gram serat sahaja sehari!

Selain buah dan sayur, kekacang juga adalah sumber serat yang baik. Antara jenis yang boleh dijadikan pilihan adalah kacang panggang dalam tin. Ia bukan sekadar boleh dimakan terus, malah diakui sebagai sumber serat yang mudah diambil dan lazat.

Ayam BrandT dikenali dengan pelbagai jenis produk makanan dalam tin berkualiti tinggi yang tidak mengandungi bahan pengawet, perisa tambahan mahupun MSG. Pilihan produknya menyihatkan dan mudah dimakan seiring reputasinya sebagai jenama isi rumah terkemuka di Malaysia dan rantau Asia Tenggara selama 125 tahun.

Kacang panggang keluaran Ayam BrandT antara pilihan yang boleh membantu anda mendapatkan bekalan serat harian diperlukan, sekali gus melengkapkan diet seimbang.

Terdapat dalam tiga varian, produk ini mempunyai rasa berbeza, mengikut keperluan diet berbeza iaitu kacang panggang asli, kacang panggang keju dan kacang panggang ringan. Setiap 100 gram produk ini mengandungi antara 3.9g hingga 4.51g serat yang diperlukan!

Pilihan untuk diet

Kacang panggang dapat membantu anda mengatasi rasa lapar dalam tempoh lebih lama kerana bersifat mengenyangkan. Ia juga mampu mengawal kadar gula dalam badan dan mampu memberikan tenaga sepanjang hari. Ringkasnya, ia juga mengurang kebergantungan anda terhadap makanan manis.

Menariknya, kacang panggang mengandungi protein yang boleh menjadikan kuku dan rambut lebih sihat di samping membantu memperbaiki tisu-tisu rosak. Lycopene yang terkandung dalam sos tomatonya bersifat antioksida dan boleh membantu mencegah barah prostat, paru-paru dan perut.

Kacang ini juga mengandungi mineral seperti magnesium, selenium, tembaga yang menjadi antioksidan berkesan dalam melindungi sel tubuh daripada serangan radikal bebas.

Dalam kebanyakan diet yang dibuktikan secara klinikal seperti Pendekatan Diet Untuk Menghentikan Hypertensi (DASH), pesakit dilihat menambah lebih banyak kekacang seperti kacang panggang dalam diet harian masing-masing.

Sebagai alternatif, anda juga boleh menerapkan diet yang lebih sihat dengan mengurangkan pengambilan daging dan menggantikannya dengan protein tumbuhan.

Kacang haricot utara

Komited menghasilkan yang terbaik untuk pelanggan setianya, Ayam BrandT memilih kacang haricot utara terbaik yang lebih besar dari Amerika Syarikat bagi memastikan keseragaman dalam kualiti dan rasa.

Kacang ini dimasak sempurna bagi memelihara bentuknya dan dipastikan lembut supaya boleh dimakan terus dari tin. Menjenguk ruang pasaran, kacang ini datang dalam dua saiz berbeza iaitu saiz keluarga 425g dan saiz 230g.

Untuk gaya tradisi, pilih kacang panggang dalam sos tomato. Jika mahukan sedikit kelainan, cuba sos tomato bersama keju parmesan. Ia membawa rasa enak berkrim! Bagi Kacang Panggang Ringan pula, ia mempunyai rasa yang sama, tetapi diadunkan dengan 54 peratus kurang gula dan 28 peratus kurang garam.

Terdapat beberapa tips yang boleh membantu anda meningkatkan pengambilan serat dengan kacang panggang setiap hari. Caranya, elakkan makan daging sekurang-kurangnya sehari seminggu dan gantikannya dengan kacang panggang atau protein tumbuhan yang lain. Kaedah ini boleh meningkatkan pengambilan nutrien dan dalam masa sama mengurangkan pengeluaran karbon.

Jika anda tidak biasa berbuat demikian, tambahkan sedikit jus lemon kerana ia menambahkan rasa dan vitamin C yang membantu penyerapan zat besi dan zink dalam kacang panggang!

Cadangan hidangan

Anda boleh makan kacang panggang ini terus dari tinnya atau cuba bersama telur hancur atau roti berkeju untuk pagi ceria dan hebat. Gantikan roti putih dengan roti berserat tinggi sebagai pilihan yang lebih menyihatkan.

Untuk hidangan yang lebih enak, cuba resepi ringkas Sosej dan Kacang Panggang atau gaya Mexico yang menggoda dengan Tacos Kacang Panggang. Untuk citarasa Itali, cubalah bereksperimen dengan Penne Baked Beans Bolognese.

Resipi boleh didapati di http://www.ayambrand.com.my/recipe atau Facebook https://www.facebook.com/AyamBrand.Recipes.

RESIPI

SOSEJ DAN KACANG PANGGANG

Bahan-bahan:

• 1 tin Kacang Panggang Ayam BrandT (425g)

• 6 keping dada ayam, dihiris

• 1 biji bawang, didadu

• 1 biji zucchini, didadu

• 100 gram keju cheddar diparut

Kaedah:

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bawang sehingga keperangan.

2. Masukkan zucchini dan sosej. Kacau rata.

3. Masukkan kacang panggang dan gaul rata.

4. Pindahkan bahan yang dimasak ke dalam dulang pembakar dan taburkan keju.

5. Bakar dalam ketuhar yang dipanaskan pada suhu 200 ∞C selama 20 minit atau sehingga keju bertukar keemasan.

6. Hidang bersama salad.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Ogos 2017 @ 12:36 PM