GULUNGAN sardin bersama sayur-sayuran untuk sarapan berkhasiat.
GULUNGAN sardin bersama sayur-sayuran untuk sarapan berkhasiat.
Siti Zarinah Sahib


Ibu berkerjaya pasti inginkan makanan yang sihat untuk keluarga dan pada masa sama, hidangan cepat dan mudah menjadi pilihan disebabkan mereka perlu segera ke pejabat. Sandwic dan gulungan sardin bersama sayur-sayuran antara menu boleh diberikan kepada anak kerana ia mengandungi khasiat ikan diakui kaya omega-3 yang baik untuk otak.

Bagi penggemar sajian ikan, mereka hanya perlu membuka setin rangkaian sardin atau mackerel Ayam Brand sebagai bahan utama untuk sandwic atau gulungan sardin sekali gus menjimatkan masa kerana tidak perlu menyiang atau membersihkan ikan.

Sardin dan mackerel yang diperoleh dari lautan sejuk ini ditinkan dengan pantas menggunakan teknologi vakum inovatif Ayam Brand. Sama seperti barangan keluarannya yang lain, produk ini juga bebas bahan pengawet dan tanpa perisa tambahan monosodium glutamate (MSG) bagi mengekalkan rasa semula jadi sardin dan mackerel yang berkualiti.

Menurut Pengurus Pemasaran Ayam Brand Nicholas Nyeow, sardin dan mackerel Ayam Brand makanan utama bagi kebanyakan orang di negara ini. Ia semakin popular dalam kalangan pelajar kolej dan golongan muda yang menghargai keenakan rasanya dan pilihan lebih sihat.

Ayam Brand secara eksklusif, menggunakan ikan sardin dari spesies sardinops atau genus sardina yang hidup di barat laut dan timur Lautan Pasifik, timur Lautan India dan barat laut Lautan Atlantik. Manakala hanya spesies mackerel scomber yang digunakan oleh Ayam Brand dan kebanyakannya ditangkap di utara Lautan Atlantik, barat laut dan timur Lautan Pasifik. Sardin dan mackerel yang hidup di dalam keadaan sejuk melampau lebih berlemak, berisi dan kaya omega-3.

Dengan memilih ikan yang hidup di perairan lautan sejuk ini, Ayam Brand dapat memastikan produknya lebih kaya dengan lemak sihat termasuk DHA & EPA iaitu dua bentuk omega-3 yang paling bermanfaat.

Antara kebaikan kesihatan omega-3 ialah merangsangkan pertubuhan otak, mengurangkan penyakit mental berkait usia dan Alzheimer selain risiko penyakit jantung. Sardin dan mackerel juga membekalkan badan dengan nutrisi seperti mineral dan vitamin B. Sardin juga antara sumber terbaik kalsium yang mengandungi dua kali lebih kalsium berbanding susu biasa.

Sardin Ayam Brand boleh dimakan terus dari tin, dijadikan inti untuk biskut atau roti, dihidangkan bersama salad, dimakan bersama nasi, bubur mahupun pasta menjadikan variasi hidangannya tiada had namun rasanya kekal enak.

Jenama ini mempunyai rangkaian resipi sardin dan mackerel yang mengagumkan daripada sajian mudah boleh dihidangkan dalam masa 10 minit mahupun sajian utama yang sesuai untuk jamuan musim perayaan.

Layari http://www.ayambrand.com.my/recipe.html untuk mendapatkan lebih banyak panduan mengenai cara menikmati sardin dan mackerel dalam pelbagai variasi dan gaya hidangan. Sardin Ayam Brand boleh didapati dalam sos tomato, minyak cili dan minyak zaitun. Rangkaian produk ini boleh dibeli pada harga antara RM4.03 hingga RM10.28. Mackerel Ayam Brand pula boleh didapati dalam sos tomato, kacang hitam dan sos cili pada harga antara RM4.03 hingga RM8.37.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 April 2017 @ 10:08 AM