KAMILIA dan Christinna mempamerkan hadiah dimenangi.
KAMILIA dan Christinna mempamerkan hadiah dimenangi.
Oleh Kelvin Khoo


Kuching: Denmark menguasai gelanggang apabila muncul juara dua kategori pada pentas final Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2015, semalam.

Kejayaan jaguh Eropah itu bermula apabila beregu wanita Christinna Pedersen-Kamilla Ryther Juhl menepati ramalan untuk muncul juara selepas mudah menundukkan gandingan dari Jepun, Naoko Fukuman-Kurumi Yonao 21-14, 21-14.

Pilihan pertama kejohanan itu hanya mengambil masa 46 minit pada aksi final di Stadium Perpaduan sekali gus mengesahkan kejuaraan.

Sementara dalam beregu campuran, Denmark sekali lagi menguasai apabila gandingan Joachim Fischer Niesen-Christinna Pedersen menewaskan pilihan kedua, Praveen Jordan-Debby Susanto dari Indonesia 21-18, 21-18 dalam tempoh 46 minit.

Bagaimanapun, Jepun tidak pulang tangan kosong apabila Nozomi Okuhara mengejutkan pilihan ketiga yang juga rakan senegara Sayaka Takahashi 21-13, 21-17 dalam acara perseorangan wanita.

Korea Selatan tidak terlepas gelaran kejuaraan apabila dua pemainnya bertembung sesama sendiri dalam perseorangan lelaki.

Lee Hyun Il, pemain ke-38 dunia terpaksa berhempas-pulas selepas tewas set pertama sebelum bangkit pada dua set berikut untuk menundukkan rakan senegara Jeon Hyeok Jin 19-21, 21-13, 15-21 dalam masa 55 minit.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 January 2015 @ 5:43 AM