SURAYA Sharifuddin.
SURAYA Sharifuddin.
Oleh Zaitie Satibi


Dalam kalangan masyarakat Melayu Perak, sulaman tekat adalah hasil kerja tangan untuk pemakaian kebesaran dan hiasan raja sehari.

Namun, inisiatif Sakura Malaysia yang melancarkan rangkaian beg ­Koleksi Srikandi ­Perak memboleh­kan semua orang mampu bergaya dengan tradisi kraf tangan negeri berkenaan.

Pengasas dan pereka fesyen Sakura Malaysia, Suraya Sharifuddin, 35, berkata, Koleksi Srikandi Perak membabitkan enam ­rekaan memaparkan ­corak flora yang dihasil­kan menerusi teknik sulaman tekat benang emas dan perak di atas baldu dan kulit.

Sulaman tekat yang klasik itu pada rangkaian beg ­genggam, ­silang dan galas ­dengan gaya ­moden ternyata menampilkan kelainan kepada pemakainya.

Hitam dipilih menjadi warna asas rangkaian beg kerana ia ­universal dan boleh disuai padankan dengan apa saja gaya dan suasana. Penggemar beg boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Koleksi Srikandi Perak di laman Facebook, Sakura Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 January 2015 @ 5:00 AM