PELBAGAI saiz dan rekaan tekat berlainan yang diperkenalkan.
PELBAGAI saiz dan rekaan tekat berlainan yang diperkenalkan.
ANTARA koleksi beg genggam yang menarik untuk digayakan.
ANTARA koleksi beg genggam yang menarik untuk digayakan.
ANTARA koleksi beg genggam yang menarik untuk digayakan.
ANTARA koleksi beg genggam yang menarik untuk digayakan.
PELBAGAI saiz dan rekaan tekat berlainan yang diperkenalkan.
PELBAGAI saiz dan rekaan tekat berlainan yang diperkenalkan.
TUANKU Zara (kanan) diiringi Raja Nazhatul Shima (kiri) pada majlis pelancaran koleksi baru jenama
TUANKU Zara (kanan) diiringi Raja Nazhatul Shima (kiri) pada majlis pelancaran koleksi baru jenama
Hajahfarhana Tarmudi


Seni tekat benang emas terkenal di Perak terutama dalam kalangan kerabat diraja sejak dulu lagi. Proses tekat perlu menggunakan mempulur sebagai awan untuk mencipta motif diinginkan.

Mempulur ialah kertas keras yang dipotong dan dibentuk mengikut corak sebelum ditutup dengan sulaman benang emas di atas kain baldu.

Disebabkan menyukai keunikan dan keindahan seni tekat, Raja Puan Mahkota Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah mencipta koleksi beg tangannya sendiri di bawah jenama Nazha Exclusive.

“Minat ini diwarisi daripada nenda, Almarhumah Raja Perempuan Kalsom yang begitu berseni dan mahir dalam menghasilkan sulaman tekat.

“Almarhumah sememangnya mahir dan banyak menghasilkan karya seni tekat termasuk tekat yang menghiasi singgahsana pada 1933 di Istana Iskandariah dan pakaian rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama.

“Pada masa sama, saya mahu memperkenalkan kembali kepada orang ramai mengenai keindahan dan kegemilangan seni warisan tekat terutama kepada generasi muda,” katanya pada majlis pelancaran koleksi terbarunya.

Pelancaran koleksi beg tangan tekat itu disempurnakan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim. Hadir sama, Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom; Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah; Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Bukan hanya mahu mengekalkan kegemilangan seni tekat yang diwarisi nendanya, malah beliau turut berharap koleksi yang dihasilkannya itu mampu mengembalikan semula kegemilangan seni warisan tekat terutama kepada generasi muda.

Ujarnya, tidak ramai yang tahu proses sulaman tekat dihasilkan, malah ada juga yang langsung tidak mengenali warisan tradisi lama itu.

Justeru, Raja Nazhatul Shima berharap agar seni tekat yang direka khas itu mampu dikomersialkan dan menembusi pasaran luar negara agar ia dikenali di seluruh dunia.

Di peringkat awal, koleksi jenama berkenaan hanya menggunakan baldu hitam dan merah hati selain warna benang emas serta perak.

Penggunaan material suede dan kulit digunakan pada koleksi beg genggam dan beg tangan untuk mengekalkan gaya eksklusif rekaannya.

Kebanyakan koleksi jenama berkenaan menggunakan motif bunga. Malah, nama yang digunakan pada setiap koleksi juga menggunakan nama bunga seperti Nazha Mawar, Ros, Dahlia, Lili, Tanjung, Kenanga dan Anggerik.

Mereka yang mahu tampil dengan gaya lebih anggun dan glamor pula boleh memilih koleksi Nazha Teratai Glitz, Semarak Glitz dan Melor Glitz atau Melor Glamz, Seroja Glamz dan Kenanga Glamz.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Mei 2016 @ 5:02 AM