FALCAO (kiri) gembira dengan sokongan pemain, peminat di kelab Mediterranean itu.  FOTO Reuters
FALCAO (kiri) gembira dengan sokongan pemain, peminat di kelab Mediterranean itu. FOTO Reuters
AFP

Monaco: Dianggap sebagai gagal selepas penampilan hambar di England, Radamel Falcao pasti lebih menyanjung lagu rasmi Liga Juara-Juara lebih daripada pemain lain sebelum aksi AS Monaco bertemu Juventus pada separuh akhir pertama, awal pagi esok.

Penyerang Colombia itu akan mengemudi kelab itu menentang kelab gergasi Itali itu - yang mana bintang serangan Gonzalo Higuain pernah menjadi rakannya di River Plate - di Stade Louis II ketika mereka berusaha melangkah setapak lagi dalam kemungkinan memenangi kejuaraan berganda Ligue 1 dan Liga Juara-Juara.

Monaco mencuri tumpuan di mana saja musim ini selepas aksi bola sepak menarik menerusi pasukan muda mereka dan pemain seperti Kylian Mbappe, Bernardo Silva dan Thomas Lemar menjadi sasaran kelab gergasi benua itu pada musim panas ini.

Namun semuanya mengakui peranan dimainkan Falcao yang berusia 31 tahun amat penting.

Dia menyumbat gol ketika tewas 1-2 kepada Fenerbahce di Istanbul ketika memulakan kempen mereka pada aksi pertama pusingan ketiga kelayakan pada 27 Julai tahun lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Mei 2017 @ 5:54 AM