Khairulnizam (kiri) bersama adiknya.
Khairulnizam (kiri) bersama adiknya.
Noorazura Abdul Rahman


Alor Setar: Dua beradik atlet pelayaran Khairulnizam Mohd Afendy,24 dan Khairuneeta, 22, masing-masing dipilih Olahragawan dan Olahragawati Kedah 2016.

Tunku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Sultan Badlishah berkenan menyampaikan anugerah berkenaan pada Majlis Anugerah Sukan Kedah 2016 di Wisma Darul Aman, hari ini.

Mereka menerima hadiah trofi, sijil penghargaan dan wang tunai RM3,000.

Majlis diserikan dengan keberangkatan Tunku Temenggong Tan Sri Tunku Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Kebudayaan serta Pembangunan Insan negeri, Datuk Aminuddin Omar.

----------------

SENARAI ANUGERAH

Tokoh Sukan- Datuk Lim Teong Kiat

Anugerah Jasa Bakti- Allahyarham Kassim Saad

Jurulatih-Cheong Pak Kau (Skuasy)

Persatuan Terbaik-Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA)

Pasukan Lelaki Terbaik-Bola Sepak

Pasukan Wanita- Bola Jaring

Kepimpinan Sukan-Andrew Lim Hwa Eng (Skuasy)

Olahragawan Harapan-Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim (Bola Sepak)

Olahragawati Harapan- Nur Syazani Amalua Shahzan (Golf)

Olahragawan Para-Amir Firdaus Jamaluddin (Olahraga)

Olahragawati Para-Noraini Mat Jusoh (Renang)

Putera- Muhammad Fauzi Kaman Shah (Pelayaran)

Puteri -Aifa Azman (Skuasy)

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 April 2017 @ 11:45 PM