GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Agensi

Patna: Seorang pengantin perempuan di Bihar enggan berkahwin dengan pengantin lelaki yang datang untuk melangsungkan perkahwinan, sebaliknya memilih seorang tetamu yang tidak dikenali untuk menjadi suaminya.

Puncanya, rombongan pengantin lelaki itu tidak membawa deejay bersama mereka.

Kejadian yang berlaku di Kampung Chakka di daerah Begusarai minggu lalu mencetuskan perdebatan mengenai tindakan pengantin perempuan memulaukan pengantin lelaki ketika majlis perkahwinan hampir berlangsung kerana alasan yang tidak munasabah.

Dalam kejadian terbaru itu, majlis perkahwinan antara wanita dan lelaki itu sudah diatur sejak beberapa bulan lalu. Rombongan pengantin lelaki tiba di rumah pengantin perempuan pada masa yang sudah ditetapkan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 April 2017 @ 7:03 AM