Patna: Enam kanak-kanak lemas ketika membersihkan pentas di pinggir kolam menjelang perayaan keagamaan Hindu, semalam.

Sumber pihak berkuasa berkata, dua lagi mangsa masih hilang.

Laporan televisyen menunjukkan waris memikul mayat mangsa ke hospital di negeri Bihar.

Pegawai polis tempatan berkata, kanak-kanak terbabit terbunuh ketika leka membersihkan pentas.

Katanya, mereka bersiap-siap menyambut Festival Chhath yang dikhususkan untuk dewa matahari.

“Mangsa paling muda berusia 10 tahun,” katanya.

Tidak dapat dipastikan sama ada mereka tergelincir atau meredah air terlalu jauh ke tengah.-AFP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Oktober 2014 @ 5:11 AM