GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
AFP

Patna: Sebelas individu maut selepas minum arak haram di Bihar, wilayah paling miskin India, menurut pihak berkuasa negara itu pada Khamis.

Keluarga mangsa menyalahkan pihak berkuasa atas kematian itu yang dikaitkan dengan kegagalan mengekang kemasukan minuman keras secara haram.

Dilaporkan lapan orang meninggal dunia pada Rabu dan tiga lagi pada Khamis, sehari selepas penganjuran festival Holi yang menyaksikan pengambilan alkohol secara berleluasa.

Lima orang pula masih dirawat di hospital.

Mangsa didakwa mengalami sakit perut dan muntah sebelum meninggal dunia, selepas meminum arak berkenaan.

Kebanyakan mangsa bekerja sebagai buruh ladang dan petani kecil di kawasan pedalaman Bihar.

Pada Februari lalu, sekurang-kurangnya 10 maut kerana pengambilan minuman sama, yang menyebabkan keluarga mangsa melakukan protes di beberapa kampung yang menuduh kerajaan sengaja membenarkan penyeludupan arak berleluasa.

Menurut pihak berkuasa, alkohol buatan tempatan dianggap sebagai 'industri desa yang mampu menjana keuntungan tinggi' di kawasan pedalaman.

Lima bilion liter alkohol diambil penduduk negara itu dalam tempoh setahun dan 40 peratus daripadanya dihasilkan secara haram, berdasarkan laporan Menurut Persatuan Wine dan Spirit India.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 April 2021 @ 11:43 AM