PATNA mencatatkan 226 milimeter hujan sejak Jumaat lalu.
PATNA mencatatkan 226 milimeter hujan sejak Jumaat lalu.
AFP

PATNA: Sekurang-kurangnya 100 penduduk terkorban di utara India dalam kejadian hujan monsun lebat luar biasa sehingga membanjiri jalan raya, wad hospital dan rumah.

Puluhan bot dikerah di jalanan yang dilimpahi air hujan di ibu kota timur Bihar, selepas hujan lebat turun dengan jumlah dari kebiasaannya.

Seramai 27 orang maut di sini dan 63 lagi di Uttar Pradesh sejak Jumaat lalu, kata pihak berkuasa.

“Hujan diramalkan turun dengan lebih kerap dan lebat,” kata pakar kaji cuaca sambil menambah, September sebagai bulan hujan paling kerap.

“Patna sahaja mencatatkan kira-kira 226 milimeter hujan sejak Jumaat lalu,” kata pegawai bencana Bihar, M. Ramachandru kepada AFP.

Hujan turut turun dengan lebat di selatan India dan di Gujarat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 September 2019 @ 3:49 PM