GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
AP

Patna: Sekurang-kurangnya 31 mangsa maut manakala 20 lagi dimasukkan ke hospital dalam keadaan kritikal selepas minum arak haram beracun di timur India.

Kebanyakan mangsa yang menemui ajal semalam dan hari ini berasal dari tiga perkampungan di daerah Saran, negeri Bihar, di mana pembuatan, jualan, dan meminum arak adalah dilarang.

Kematian dilaporkan berlaku di hospital daerah di mana mereka yang sakit dibawa keluarga ke fasiliti berkenaan untuk rawatan, kata ketua hospital, Dr SD Sinha.

Pegawai polis, Santosh Kumar berkata, beberapa mangsa disahkan buta.

Tiga individu ditahan untuk soal siasat kerana menjual arak beracun di kawasan berkenaan.

Jualan dan pengambilan arak dilarang di Bihar pada 2016 selepas kumpulan wanita melakukan kempen mendesak larangan terhadap pekerja yang membelanjakan gaji mereka untuk minuman keras itu.

Larangan sama turut terpakai di beberapa negeri sehingga mendorong wujudnya pasaran gelap yang menjual arak haram pada harga murah dan mengakibatkan ratusan kematian setiap tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Disember 2022 @ 5:18 PM