ANTARA gaya rambut Messy nampak unik dan kreatif.
ANTARA gaya rambut Messy nampak unik dan kreatif.
SANGGUL moden bagi remaja kini.
SANGGUL moden bagi remaja kini.
Amri Mutalib

Gaya rambut memainkan peranan penting bagi setiap remaja kerana ia bagaikan mahkota bagi mereka.

Rambut yang sering digayakan menampakkan lagi keceriaan terhadap wajah seseorang.

Ada segelintir remaja mempunyai masalah untuk suai padan gaya rambut dengan wajah mereka, lebih-lebih lagi bagi yang mempunyai rambut panjang dan tidak terurus.

Gaya rambut yang dahulunya terkenal dengan teknik ‘rebonding’ sudah lama ditinggalkan remaja sekarang.

Ini kerana gaya rambut sanggul atau ‘bun’ menjadi trend terbaru bagi mereka tidak kira mahu ke majlis ataupun bersantai bersama teman dan keluarga.

Gaya rambut bersanggul ini mudah digayakan kerana tidak mengambil masa terlalu lama untuk bersiap.

Sanggul Donat

Gaya rambut seakan-akan kuih donat sangat mudah digayakan. Ia boleh dibuat ketika dalam keadaan formal atau kasual.

Bagi mereka yang tidak menggunakan getah rambut, stoking dijadikan pengikat untuk membuat bun atau bulatan pada rambut.

Sanggul Jalinan

Sanggul ini kelihatan agak mewah sedikit. Gayanya nampak kemas dan sesuai dibuat ketika majlis makan malam atau didandan untuk pengantin.

Kebanyakan gaya sanggul jalinan ‘fishtail’ Perancis sering dibuat bagi remaja yang ingin nampak unik dan kreatif.

Sanggul Messy

Tidak dinafikan gaya rambut ‘messy bun’ ini cuma ambil beberapa minit sahaja untuk didandan. Rambut yang sudah siap diikat hanya dililit menggunakan ‘bobby pin’.

Bobby pin adalah sejenis sepit rambut, biasanya berbentuk logam atau plastik. Ia adalah pin rambut serampang dua mata kecil atau klip yang boleh dikepit pada rambut.

Sanggul Pensel

Sanggul rambut ini hanya perlu menggunakan satu alat sahaja, iaitu pensel atau penyepit. Ia boleh dibuat pada bila-bila tidak kira di mana kita berada.

Ini kerana gaya rambut ini sangat santai dan hanya memerlukan 30 saat untuk membuatnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 April 2017 @ 6:02 AM